Friday 13 July 2012

Konflik di Syria


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian... Terima kasih kerana sudi menjenguk blog kami yang tak seberapa ni.. kitorang pun baru nak belajar buat blog ni ^^ Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa blog ini dicipta. Sebenarnya kami telah diberi tugasa oleh Puan Aisyah iaitu penyarah kami dalam subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia ( TITAS ) Ahli kumpulan kami terdiri dari Alif , Nazrin , Khartik , Firdaus dan Arvin.. Tajuk yang kami letakkan dalam blog ini adalah berkaitan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan dalam dunia serba maju ini.. Tujuan sampingan kami adalah untuk membuka mata para pembaca sekalian apa yang telah terjadi dunia hari ini... Kami akan menceritaka kepada anda semua tentang konflik yang sedang berlaku di Syria sehingga mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa..







KEDUDUKAN SYRIA DALAM PETA DUNIA





PERISTIWA SYRIA



Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945 dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Bashar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.


Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI. Selama memerintah mereka telah melakukan pelbagai kejahatan terhadap rakyatnya sendiri. Malah mereka tidak solat di masjid kita Ahli Sunnah Waljamaah.


Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan syiahnya. Bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.


Penduduk Syria terdiri daripada 6% Syiah Alawie, 10% beragama Kristian dan selebihnya iaitu 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.










Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad kerana persamaan fahaman (Syiah)






BERMULA ZAMAN AYAHNYA


Hafez Al-Assad -konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu


Permulaan Revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa,Hauran, Halab bahkan sehingga berlaku di 157 tempat di Syria.


Punca Kebangkitan: Ada sekumpulan kanak-kanak seramai 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN". Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat.


Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan.


Kerajaan telah meletakkan syarat dimana jika kanak-kanak itu dilepaskan mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria (merupakan satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.




BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.


1-Dalam masa 42 hari  telah terbunuh Syahid seramai 40000 orang rakyat Syria.


2-39000 orang telah tercedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja


3-Satu peristiwa diaman seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma 


4-9000 tahanan ditahan


5-413 orang telah syahid dalam penjara


6-Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Wanita ini telah dirogol dihadapan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka telah digari terlebih dahulu.


7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni, beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat. Anggota badan yang telah dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampak di hadapan keluarga beliau.


8-Mengucap takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai


9-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..


KENAPA KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA ?


1-Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di Syria.


2-Jangan terpedaya dengan kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual dari Syria dan ahli politik Syria bahawa Syria menentang Israel. Sejak zaman ayah Bashar Al-Assad lagi tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.


3-Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan mereka menemui syahid.


4-Kita banyak tidak tahu tentang isu Syria selama ini kerana media telah dikawal oleh regim Bashar Assad. Manakala sunber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan















sumber rujukan:
-https://muzir.wordpress.com.2011/12/07/perkongsian-revolusi-syria-oleh-dr-khaled-hasan-hindawi/
-https://dakwah.info/featured/apa-sebenarnya-berlaku-di-syria/
-https://melaykini.net/2011/12/isu-syria-40000-rakyat-mati-dibunuh-pemerintah-kejam/
-https://apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/#comment-313















No comments:

Post a Comment